KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
Perdagangan Keusahawanan by EBO ASYRAF
1.Sesiku L
* Diperbuat daripada keluli dan bersudut 90 °.
*Saiz sesiku L ditentukan oleh panjang lidahnya.
Fungsi Sesiku L adalah seperti berikut:
a. Menentukan ketepatan 90 °
b.Menguji kepersegian tepi kayu
c.Menguji keratan permukaan kayu
d.Membuat garisan yang bersudut tepat
2.Alatan Tangan Kerja Paip
A.Perengkuh Paip
FUNGSI:Untuk mencengkam dan memutarkan batang paip.
PERINGATAN:Tidak sesuai digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan kepala pili,nat atau penyambung yang tepinya rata.
B.Sepana Boleh Laras
FUNGSI:Untuk melonggarkan nat pada pil&penyambung paip. Rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja.
C.Playar Cengkam Seribu
FUNGSI:Untuk mencengkam batang paip serta mengetatkan penyambung poli semasa menjalankan kerja pemasangan paip poli.







